Wednesday 16 September 2015

SURUHANJAYA

SURUHANJAYA TETAP
  1. Suruhanjaya perkhidmatan
  2. Suruhanjaya pilihanraya
  3. Suruhanjaya hak asasi manusia
  4. Berfungsi untuk menjalankan tugas pentadbiran dengan bijak, adil dan cekap
  5. Ahli-ahli suruhanjaya dilantik secara khas
  6. Dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)
  • Ditubuhkan pada 31 ogos 1957
  • Dikenali sebagai Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu dibawah pentadbiran English
  • Secara rasmi , suruhanjaya perkhidmatan awam dibentuk sebagaimana termaktub dalam perkara 144(1) perlembagaan Persekutuan.
  • Fungsi suruhanjaya perkhidmatan awam Malaysia di bawah perkara 144(1) perlembagaan persekutuan, fungsi-fungsi suruhanjaya adalah meliputi perkara-perkara berikut:
  • Melantik
  • Mengesahkan dalam perkhidmatan
  • Kemasukan ke dalam jawatan tetap/pencen
  • Menaikkan pangkat
  • Menukar
  • Menjalankan kawalan tatatertib
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP)
  1. Ditubuhkan secara rasmi pada 1 januari 1974 melalui artikel 141A perlembagaan persekutuan
  2. Ahli-ahli dilantik YDPA selepas berbincang dengan Majlis Raja-Raja atas nasihat Perdana Menteri
  3. Ahli-ahli terdiri daripada seorang pengerusi , timbalan pengerusi dan antara 4 hingga 8 ahli lain
  4. Fungsi:

  • Bertanggungjawab melantik guru-guru daan perkhidmatan pendidikan
  • Bertanggungjawab menempatkan guru-guru yang dikenali sebgai perkhidmatan pendidikan ke dalam pelbagai kategori berasaakan kelayakan dan pengkhususan mereka
TUGAS SPP:
  • Melantik calon ke jawatan tetap , kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran
  • Berperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan rayuan tatatertib perkhidmatan pelajaran
  • Meluluskan pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan
  • Kawalan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran
  • Meluluskan pemberian taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan
  • Mengesahkan dalam perkhidmatan ke atas calon yang dilantik secara tetap
SURUHANJAYA PASUKAN POLIS
  • Mempunyai kuasa ke atas semua ahli Angkatan Polis Diraja Malaysia
  • Ahli-ahlinya terdiri daripada:

  1. Pengerusi pada waktu yang sama menteri dalam negeri
  2. Ketua polis Negara
  3. Ketua setiausaha dalam negeri

  • Salah seorang ahli suruhanjaya perkhidmatan awam dilantik oleh YDPA dan 2 hingga 6 orang ahli
  • Jawatan ketua polis Negara dan timbalannya dilantik oleh YDPA atas nasihat perdana menterI
  • Fungsi dan tanggungjawab
  1. Untuk melantik , mengesahkan dan menempatkan staf ke skim jawatan tetap dan berpencen
  2. Bertanggungjawab menaikkan pangkat, memindahkan dan melaksanakan kawalan displin dalam kalangan ahli-ahli anggota polis
  3. Menyediakan platform untuk orang-orang awam di luar angkatan polis berbincang tentang masalah berkaitan dengan perkhidmatan polis
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN KEHAKIMAN DAN UNDANG-UNDANG

  • Ditubuhkan pada tahun 1957 meliputi semua ahli perundangan dan kehakiman
  • Ahli-ahli dilantik oleh YDPA selepas berbincang dengan ketua hakim
  • Ahli terdiri daripada:

  1. Pengerusi suruhanjaya yang juga pengerusi suruhamjaya perkhidmatan awam
  2. Attorney general
  3. Ahli atau ahli-ahli yang berkhidmat dalam bidang perundangan atau mantan hakim
  4. Setiausaha yang juga setiausaha surruhanjaya perkhidmatan awam
  5. Fungsi sama seperti fungsi suruhanjaya perkhidmatan awam dan bidang kuasanya meliputi bidang kehakiman dan perundangan sahaja
SURUHANJAYA SEMENTARA
  1. Suruhanjaya sementara merupakan suatu badan bebas ditubuhkan oleh kerajaan, untuk sementara sahaja bagi mengkaji sesuatu hal atau masalah dan mencadangkan kepada kerajaan kaedah bagi mengatasi/ menyelesaikan masalah tersebut
  2. Semua ajlinya dilantik oleh YDPA
  3. Antara suruhanjaya sementara yang pernah ditubuhkan
  • Suruhanjaya gaji harun 1972
  • Suruhanjaya Diraja berkaitan Gaji dan Perkhidmatan

No comments:

Post a Comment