Wednesday 16 September 2015

KABINET

  • Kabinet merupakan suatu bentuk kerajaan dan sistem pemerintahan yang diamalkan pada masa ini oleh kebanyakan negara
  • Sistem sebenarnya diasaskan di Britain
  • Kerajaan berkabinet ialah kerajaan yang ditadbir oleh segolongan manusia yang mendapat sokongan majoriti dalam pilihan raya dan menduduki kerusi di Parlimen atau dewan perundangan
  • Ketua parti politik dipanggil Ketua Negara dan diperkenankan sebagai Perdana Menteri
LATAR BELAKANG KABINET
  1. Pada tahun 1951 , sistem ahli (member system) telah diperkenalkan di Tanah Melayu
  2. Beberapa buah jabatan kerajaan akan diletak dibawah kawalan seorang ahli
  3. Seseorang ahli yang dilantik bertanggungjawab secara langsung kepada pesuruhanjaya tinggi
  4. Sistem berakhir pada pilihanraya tahun 1955
  5. Parti Perikatan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi melalui pilihanraya umum 1955
  6. Jemaah menteri mengadakan mesyuarat pertama di Majlis Undangan Persekutuan Kuala Lumpur.
  7. Selepas kemerdekaan 31 ogos 1957, Tuanku Abdul Rahman dilantik Perdana Menteri Pertama
  8. Parti Perikatan terdiri daripada UMNO, MCA , MIC .
SISTEM KABINET
  • Sistem kabinet merupakan suatu bentuk kerajaan dan diasaskan oleh british. Kabinet sebagai badan penggubal dasar Negara yang tertinggi akan membincang dan memutuskan sesuatu dasar atau perkara penting dalam mesyuarat cabinet
  • Sesebuah kabinet akan dibubarkan sekiranya ia kurang mendapat sokongan dan ahli ahlinya meletak jawatan
  • Menurut perkara 43(1) , perlembagaan persekutuan memperutukan ahli-ahli Jemaah menteri dilantik oleh YDPA untuk menasihati baginda dalam menjalankan tugasnya. YDPA dikehendaki melantik seorang PM yang menang dalam pilihanraya umum dan biasanya menjadi ketua pemerintah untuk diketuai kabinet
  • Kabinet merupakan badan tertinggi menjalankan kuasa eksekutif atas nama YDPA . Terdiri dari seorang perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri yang bertanggungjawab ke atas kementerian masing-masing
  • Seseorang perdana menteri secara tidak langsung berperanan sebagai ketua Jemaah menteri. Beliau mempunyai kuasa melantik sesiapa sahaja kepada YDPA untuk menyertai kabinetnya
  • Perlembagaan pesekutuaan melalui perkara 43(a) memperuntukan kuasa untuk YDPA melantik menteri menteri yang lain atas nasihat perdana menteri
  • Bagi melaksanakan tugas Jemaah menteri, seorang setiausaha parlimen dilantik oleh perdana menteri . Tugas setiausaha parlimen ialah membantu menteri dan timbalan menteri
  • Bagi menbantu perdana menteri menjalankan tugas menurut perlembagaan persekutuan perkara 43(c) membenarkan perdana menteri lantik seorang setiausha politik
  • Kabinet biasanya mengadakan mesyuarat sekali dalam seminggu (setiap rabu). Semua keputusan dalam mesyuarat kabinet dibuat melalui rundingan secara kolektif.
TUGAS PERDANA MENTERI
  • Menjalinkan hubungan diperingkat antarabangsa
  • Jumlah menteri dalam sesebuah kabinet tidak menentu antara lebih kurang 20 hingga 40 orang menteri
  • Perdana menteri bertindak sebgai pengerusi dalam mesyuarat Jemaah menteri yang diadakan seminggu sekali iaitu setiap hari rabu
  • Ketua parti politik yang menang majoriti dalam pilihanraya menteri
  • Kebiasaanya , setiap kementerian mempunyai menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen
  • Perdana menteri berperanan memperkenalkan dan menjalankan sesuatu dasar
  • Contoh: dasar ekonomi baru( tun abduk razak)
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KABINET
KEBAIKAN
  • Rakyat diberi peluang untuk memilih pemerintah
  • Menunjukkan tahap kejayaan pemerintahan negara apabila wujudnya kesedaran rakyat & kepercayaan mereka terhadap sistem yang diamalkan
KEBURUKAN
  • Kesempatan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu
  • Janji dikeluarkan semasa memancing undi rakyat tidak dilaksanakan

No comments:

Post a Comment