Wednesday 16 September 2015

PERINGKAT KERAJAAN TEMPATAN

  • Dikenali sebagai Pihak berkuasa Tempatan (PBT).
  • Terletak di bawah kuasa perkara negeri.
  • Kerajaan tempatan dibentuk untuk membolehkan penduduk tempatan mengambil bahagian dalam pengurusan kawasan-kawasan yang mereka duduki.
  • Jenis-jenis Kerajaan Tempatan:

  1. Dewan Bandaraya- kawasan bandar dengan jumlah penduduk melebihi  100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM 20juta.
  2. Majlis Perbandaran- kawasan pinggir bandar dengan jumlah penduduk melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM 5 juta.
  3. Majlis Daerah- Pekan yang terletak diluar bandar dengan jumlah penduduk kurang 100,000 orang dan hasil tahunan kurang dari RM 5 juta.

  • Fungsi utamanya adalah untuk memajukan kawasan di bawah bidang pentadbirannya.
  • Dibantu oleh agensi-agensi kerajaan seperti Perbadanan Kemajuan Negeri dan Jabatan-jabatan kerajaan 
BIDANG KUASA KERAJAAN TEMPATAN
KERAJAAN TEMPATAN BERKUASA

  • Membuat undang-undang kecil.
  • Mengutip cukai harta benda, cukai pintu, bayaran perkhidmatan (meletak kereta)& sewa gerai kepunyaan kerajaan tempatan.
  • Menubuhkan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan dan mengawal akaun tersebut.
  • Menjaga & mengawal kesihatan awam,mengurus pasar dan pasar malam/pekan sehari.
  • Selain itu turut mengendalikan perancangan bandar dan daerah, pengurusan pasar dan gerai-gerai serta penyediaan kemudahan rekreasi.
CORAK PENTADBIRAN DAERAH MENGIKUT DAERAH
SEMENAJUNG MALAYSIA
  • Pentadbiran peringkat daerah diketuai oleh pegawai daerah (dibantu oleh beberapa penolong pegawai daerah) 
  • Mukim pula ditaddbir oleh penghulu.
  • Kampung ditadbir oleh ketua kampung (menjalankan tugas melalui JKKK)
SABAH
  • Daerah ditadbir oleh Pegawai Daerah (dibantu oleh Ketua Anak Negeri
  • Kampung ditadbir oleh Ketua Kampung (dibantu oleh orang tua)
SARAWAK
  • Bahagian ditadbir oleh Residen
  • Daerah ditadbir oleh Pegawai Daerah
  • Daerah Kecil ditadbir oleh Pegawai Anak Negeri
  • Kampung ditadbir oleh Penghulu

 




No comments:

Post a Comment