Tuesday 15 September 2015

HAKIM

SYARAT MENJADI HAKIM
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai pengalaman sebagai peguam Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi selama 10 tahun atau merupakan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang
  • Memegang jawatan bergaji sehingga berusia 65 tahun jika di perkenankan YDPA
  • Persaraan dipertanggungjawabkan kepada kumpulan wang yang disatukan

PEMECATAN HAKIM

Melalui dua kaedah:

        1. Meletakkan jawatan.
       2. Dilucutkan- YDPA perlu mendapatkan syor-syor dari Tribunal (Terdiri daripada Bekas Hakim Malaysia atau dari Negara-negara Komanwel). Antara sebab dipecat:
  • Hakim disahkan oleh pakar perubatan mengalami masalah kesihatan yang kronik yang menjejaskan fizikal, mental dan jiwa yang boleh menggangu perjalanan Mahkamah.
  • Hakim di dapati tidak berkelakuan baik yang boleh mecemarkan kewibawaan Badan Kehakiman.
  • Hakim di dapati dengan sengaja atau di buktikan telah melanggar Kod Etika Hakim 1994.

PERLANTIKAN HAKIM

  • Majistret kelas pertama bagi Malaysia dilantik oleh YDPA
  • Pelantikan negeri-negeri dilantik oleh raja/sultan/gabenor atas cadangan hakim besar
  • Majistret kelas kedua bagi Malaysia dilantik oleh YDPA dan bagi negeri-negeri dilantik oleh sultan/raja/gabenor tanpa penglibatan hakim besar
  • Perlantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja dan mendapat nasihat daripada Perdana Mentari (PM)
  • Sebelum perlantikan, PM perlu berunding dengan Ketua Hakim Negara
  • Pelantikan hakim besar tanah Malaysia , beliau berunding dengan 2 orang hakim besar mahkamah tinggi
  • Perlantikan hakim besar tanah borneo, beliau berunding dengan ketua menteri Malaysia
  • Pelantikan hakim mahkamah agung, beliau berunding dengan 2 orang hakim besar
  • Pelantikan mahkamah tinggi, beliau berunding dengan hakim besar mahkamah yang berkenaan sebagai tambahan kepada ketua hakim negara
  • Pelantikan Hakim mahkamah sesyen oleh YDPA atas cadangan hakim besar


No comments:

Post a Comment