Sunday 27 September 2015

SOALAN :-

1) Yang manakah organisasi tertinggi dalam pembentukan dasar negara?
2) Agensi yang bertanggungjawab melaksanakan sesuatu dasar ialah ...
3) Mahkamah Khas terdiri daripada ...
4) Senaraikan tiga kuasa Badan Kehakiman.
5) Huraikan tiga fungsi Parlimen di Malaysia.
6) Berikan tiga golongan yang tidak layak dilantik menjadi ahli sesuatu suruhanjaya.
7) Siapakah yang mempunyai kuasa untuk membubarkan Parlimen?
8) Agensi Dadah Kebangsaan terletak di bawah ...
9) Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh ...
10) Antara tugas seorang YDPA adalah ...

PENGAJARAN

  • Malaysia merupakan negara yang berdaulat kenara mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri
  • Sistem pentadbiran tanah air yang wujud sejak masa lampau merupakan warisan dan telah diubah  suai mengikut kesesuaian masa untuk diaplikasikan dalam pentadbiran masa ini.
  • Sistem pentadbiran negara menunjukkan semua warganegara adalah dilindungi di bawah undang- undang negara dan orang yang melakukan kesalahan akan dikenakan hukuman yang setimpal
  • Sistem pentadbiran negara malaysia yang mengamalkan sistem pembahagian kuasa menunjukan  tidak ada pihak yang menguasai suatu pihak yang lain.


Thursday 17 September 2015

PENGASINGAN KUASA

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA
Teori Pengasingan Kuasa
  • Teori Pengasingan Kuasa yang dikemukakan oleh ahli fikir Perancis, Montesquie:
  • Badan Eksekutif – bahagian pelaksana undang-undang
  • Badan Perundangan – bahagian penggubal dan lulus undang-undang
  • Badan Kehakiman – bahagian penegak, pengadil dan penafsir undang-undang demi keadilan.
  • Cabang-cabang kuasa hanya boleh diberi satu jenis kuasa sahaja.
  • Eksekutif umpamanya tidak boleh membuat undang-undang.
  • Perlu dipisahkan dan tidak berhubung antara satu sama lain.
  • Untuk mengelakkan berlakunya monopoli dan kezaliman.
PENGASINGAN KUASA DALAM SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA
  • BADAN PERUNDANGAN (Membuat undang-undang)
  • BADAN PENTADBIRAN (Menjalankan kuasa pemerintahan & menguatkuasa undang-undang)
  • BADAN KEHAKIMAN (Menjalankan penghakiman & mentafsirkan undang-undang)
TUJUAN DOKTRIN PENGASINGAN KUASA
  1. Mengelakkan wujud komplot badan pemerintah dengan badan lain
  2. Menjamin kebebasan rakyat & menghindari bentuk kezaliman pihak pemerintah
  3. Tidak berlaku pemusatan kuasa antara ketiga-tiga badan
  4. Sebagai pemeriksa & pengimbang (check and balance) dalam sistem pemerintahan negara


Wednesday 16 September 2015

BADAN PENTADBIR/PELAKSANA (EKSEKUTIF)

PERINGKAT PERSEKUTUAN
  • Kabinet
  • Kementerian
  • Perkhidmatan awam
  • Badan-badan berkanun
  • Suruhanjaya
  • Jabatan
PERINGKAT NEGERI
  • ECXO
  • Jabatan-jabatan
PERINGKAT KERAJAAN TEMPATAN
  • Bidang kuasa
  • Corak pemerintahan daerah mengikut negeri

KABINET

  • Kabinet merupakan suatu bentuk kerajaan dan sistem pemerintahan yang diamalkan pada masa ini oleh kebanyakan negara
  • Sistem sebenarnya diasaskan di Britain
  • Kerajaan berkabinet ialah kerajaan yang ditadbir oleh segolongan manusia yang mendapat sokongan majoriti dalam pilihan raya dan menduduki kerusi di Parlimen atau dewan perundangan
  • Ketua parti politik dipanggil Ketua Negara dan diperkenankan sebagai Perdana Menteri
LATAR BELAKANG KABINET
  1. Pada tahun 1951 , sistem ahli (member system) telah diperkenalkan di Tanah Melayu
  2. Beberapa buah jabatan kerajaan akan diletak dibawah kawalan seorang ahli
  3. Seseorang ahli yang dilantik bertanggungjawab secara langsung kepada pesuruhanjaya tinggi
  4. Sistem berakhir pada pilihanraya tahun 1955
  5. Parti Perikatan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi melalui pilihanraya umum 1955
  6. Jemaah menteri mengadakan mesyuarat pertama di Majlis Undangan Persekutuan Kuala Lumpur.
  7. Selepas kemerdekaan 31 ogos 1957, Tuanku Abdul Rahman dilantik Perdana Menteri Pertama
  8. Parti Perikatan terdiri daripada UMNO, MCA , MIC .
SISTEM KABINET
  • Sistem kabinet merupakan suatu bentuk kerajaan dan diasaskan oleh british. Kabinet sebagai badan penggubal dasar Negara yang tertinggi akan membincang dan memutuskan sesuatu dasar atau perkara penting dalam mesyuarat cabinet
  • Sesebuah kabinet akan dibubarkan sekiranya ia kurang mendapat sokongan dan ahli ahlinya meletak jawatan
  • Menurut perkara 43(1) , perlembagaan persekutuan memperutukan ahli-ahli Jemaah menteri dilantik oleh YDPA untuk menasihati baginda dalam menjalankan tugasnya. YDPA dikehendaki melantik seorang PM yang menang dalam pilihanraya umum dan biasanya menjadi ketua pemerintah untuk diketuai kabinet
  • Kabinet merupakan badan tertinggi menjalankan kuasa eksekutif atas nama YDPA . Terdiri dari seorang perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri yang bertanggungjawab ke atas kementerian masing-masing
  • Seseorang perdana menteri secara tidak langsung berperanan sebagai ketua Jemaah menteri. Beliau mempunyai kuasa melantik sesiapa sahaja kepada YDPA untuk menyertai kabinetnya
  • Perlembagaan pesekutuaan melalui perkara 43(a) memperuntukan kuasa untuk YDPA melantik menteri menteri yang lain atas nasihat perdana menteri
  • Bagi melaksanakan tugas Jemaah menteri, seorang setiausaha parlimen dilantik oleh perdana menteri . Tugas setiausaha parlimen ialah membantu menteri dan timbalan menteri
  • Bagi menbantu perdana menteri menjalankan tugas menurut perlembagaan persekutuan perkara 43(c) membenarkan perdana menteri lantik seorang setiausha politik
  • Kabinet biasanya mengadakan mesyuarat sekali dalam seminggu (setiap rabu). Semua keputusan dalam mesyuarat kabinet dibuat melalui rundingan secara kolektif.
TUGAS PERDANA MENTERI
  • Menjalinkan hubungan diperingkat antarabangsa
  • Jumlah menteri dalam sesebuah kabinet tidak menentu antara lebih kurang 20 hingga 40 orang menteri
  • Perdana menteri bertindak sebgai pengerusi dalam mesyuarat Jemaah menteri yang diadakan seminggu sekali iaitu setiap hari rabu
  • Ketua parti politik yang menang majoriti dalam pilihanraya menteri
  • Kebiasaanya , setiap kementerian mempunyai menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen
  • Perdana menteri berperanan memperkenalkan dan menjalankan sesuatu dasar
  • Contoh: dasar ekonomi baru( tun abduk razak)
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KABINET
KEBAIKAN
  • Rakyat diberi peluang untuk memilih pemerintah
  • Menunjukkan tahap kejayaan pemerintahan negara apabila wujudnya kesedaran rakyat & kepercayaan mereka terhadap sistem yang diamalkan
KEBURUKAN
  • Kesempatan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu
  • Janji dikeluarkan semasa memancing undi rakyat tidak dilaksanakan

KEMENTERIAN

  • Agensi tertinggi dalam struktur pentadbiran negara
  • Diketuai oleh Menteri dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri dan Setiausha Parlimen
  • Bertanggungjawab menggubal dasar-dasar, merancang dan menyelaraskan perlaksanaan program-program selaras dengan kehendak Kerajaan yang memerintah
  • Ketua Setiausha Negara (KSN) bertugas sebagai pentadbir utama dan penasihat kepada PM.
  • Seorang Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian dilantik sebagai pentadbir utama dan penasihat kepada Menteri:
  • Penasihat kepada Menteri.
  • Melaksanakan dan membantu menggubal dasar-dasar kementerian.
  • Menjalankan segala arahan Menteri dengan bantuan kakitangan lain


SENARAI KEMENTERIAN DI MALAYSIA
  1. JABATAN PERDANA MENTERI
  2. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  3. KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
  4. KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA
  5. KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
  6. KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
  7. KEMENTERIAN DALAM NEGERI
  8. KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
  9. KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
  10. KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
  11. KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
  12. KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
  13. KEMENTERIAN KESIHATAN
  14. KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS
  15. KEMENTERIAN KEWANGAN
  16. KEMENTERIAN LUAR NEGERI
  17. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYRAKAT
  18. KEMENTERIAN KERJA RAYA
  19. KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
  20. KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
  21. KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
  22. KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR , PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
  23. KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
  24. KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI , KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
  • Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia digabungkan pada pilihan raya umum 2013
  • Terdapat dua sektor dalam kementerian iaitu :

            # Sektor pelajaran
            # Sektor pengajian tingg

Visi Kementerian Pendidikan :
        ‘Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera’

Misi Kementerian Pendidikan :
         ‘Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
        
OBJEKTIF
  • Membangunkan sekurang-kurangnya 20 pusat kecemerlangan yang diiktiraf peringkat antarabangsa dari segi penerbitan, hasil penyelidikan & hakcipta
  • Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara
  • Menggalakkan pengantarabangsa pengajian tinggi – menarik pelajar dari luar Negara
FUNGSI
  • Menyediakan sumber tenaga manusia yang memenuhi keperluan Negara
  • Membangunkan system pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia

JABATAN PERDANA MENTERI
  • VISI “Menjadi penanda aras system penyampaian sokongan dan tadbir urus terbaik sector awam
  • MISI “Memenuhi ekspektasi pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti.
  • Mensasarkan memberi perkhidmatan pengurusan pelanggan yang cekap , cepat, mesra dan responsif terhadap pelanggan
  • Dasar kualiti yang ditetapkan komited untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya berteraskan niali-nilai negatif , akauntabiliti dan profesionalisme.
OBJEKTIF
  • Merancang , merumus & menyelaras dasar dan maklumat
  • Menentukan segala pentadbiran kerajaan, projek pembangunan , hal ehwal agama dilaksanakan
FUNGSI
  • Menguruskan semua harta yang dimiliki oleh kerajaan persekutuan dengan cekap dan berkesan
  • Menguatkuasakan undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan
  • Mewujudkan undang-undang islam berhubung pentadbiran mahkamah syariah yang seragam untuk diterima pakai di negari-negeri
JEMAAH MENTERI DAN KABINET
  • Perdana Menteri
  • Timbalan Perdana Menteri
  • Menteri
  • Timbalan Menteri
KEMENTERIAN KEWANGAN
OBJEKTIF
  • Menggubal & melaksanakan dasar kewangan
  • Memperkukuh daya saing & ketahanan ekonomi Negara
  • Menjamin kekayaan Negara diagihkan dengan saksama
  • Memastikan pengurusan kewangan yang berkesan dan berhemah
FUNGSI
  • Menggubal & menyediakan prosedur, prinsip & tatacara pengurusan kewangan
  • Menyediakan & memantau belanjawa tahunan
  • Menggubal & mentadbir dasar-dasar berkaitan dengan pengurusan perolehan kerajaan
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
  1. Mulai tahun 1953 apabila bahagian kebudayaan diperkenalkan di bawah jabatan kebajikan masyarakat dan diberi tangggungjawab mengenai belia
  2. 1964, kebahagian kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah kemebterian penerangan
  3. Kementerian belia dan sukan ditubuhkan secara rasmi pada 15 mei 1964 bersempena hari belia Negara pada tahun tersebut
  4. 1972, bahagian kebudayaan telah diwujudkan disebabkan nama kementerian belia dan sukan ini telah diubah kepada kementerian kebudayaan , belia dan sukan sehingga tahun 1987 apabila bahagian kebudayaan , kesenian dan pelancongan
  5. Perpindahan bahagian kebudayaan tersebut, nama kementeria kebudayaan, belia dan sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu kementerian belia dan sukan sehingga sekarang.
OBJEKTIF
  • Membina masyarakat belia yang bersatu padu , berdispilin, berakhlak dan bergerak maju dalam bidang social dan ekonomi serta membina masyarakat  yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah berpaduan dan pembangunan Negara
FUNGSI
  • Membentuk masyarakat yang aktif melalui pembangunan sukan & rekreasi peringkat kebangsaan / antarabangsa
MISI
  • Membina bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu melalui program pembangunan belia dan sukan yang strategic
VISI
  • Peneraju dalam mengupayakan pembangunan belia dan sukan yang terbilang dan masyarakat  berbudaya sukan menjelang tahun 2015
KEMENTERIAN PERTAHANAN
VISI
  • Menjadi sebuah organisasi pertahanan yang berwibawa bertaraf dunia berteraskan dasar pertahanan Negara
MISI
  • Memantapkan pengurusan pertahanan Negara agar lebih cemerlang , kompetitif dan bertaraf lima bintang.
OBJEKTIF
  • Membentuk K-Force yang kompeten – mengurus & mengendali teknologi pertahanan yang canggih
  • ATM – markas pertahanan yang efisien
  • Tingkatkan sokongan teknologi pertahanan melalui R&D
  • Memperkukuh hubungan pertahanan serantau
FUNGSI
  • Menguruskan pertahanan Negara
  • Melaksanakan dasar pertahanan Negara & kerajaan
  • Menyediakan khidmat pengurusan & pentadbiran ATM
  • Mengurus sumber-sumber yang diperuntukkan bagi pertahanan Negara
PIAGAM
  • Menguruskan pertahanan Negara dengan cekap dan berkesan supaya strategik , kedaulatan dan keutuhan Negara sentiasa terjamin
  • Melayani dengan peenuh iltizam segala keperluan ATM dalam pembangunan keupayaan dan kesiapsiagan
  • Melayani dengan penuh iltizam segala keperluan ATM dalam pengurusan sumber manusia , kewangan dan ICT
KEMENTERIAN BEROPERASI DI PERINGKAT PERSEKUTUAN
  1. Kem. Pertahanan
  2. Kem. Luar Negara
KEMENTERIAN BEROPERASI DI PERINGKAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI
  1. Kem. Pelajaran
  2. Kem. Kesihatan

PERKHIDMATAN AWAM

  • Berjaya memberi kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.
  • Membantu kerajaan menggubal dan melaksanakan dasar-dasar yang menjayakan transformasi negara.
  • Memastikan bahawa pembangunan ekonomi negara berlaku dengan adil dan seimbang.
  • Jenis-jenis perkhidmatan awam :-
  • Angkatan tentera
  • Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang
  • Perkhidmatan Awam am Persekutuan
  • Pasukan Polis
  • Perkhidmatan Awam Bersama (Persekutuan dan Negeri)
  • Perkhidmatan Pelajaran




BADAN-BADAN BERKANUN


  • Jabatan kerajaan yang dibentuk mengikut akta tertentu & mempunyai kuasa tersendiri
  • Kebanyakan badan berkanun terletak di bawah sesuatu kementerian
  • Sehingga tahun 2010: "74 badan berkanun persekutuan dengan anggota seramai 99,533 orang" "86 buah badan berkanun negeri dengan anggota seramai 24,403 orang"
NAMA JABATAN
  • Bank Negara Malaysia (BNM)                                            
  • Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)                               
  • Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
  • Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)                         
  • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  • Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)           
  • Perbadanan Produktiviti Negara (NPC)
  • Lembaga Getah Malaysia (LGM)
  • Institut Penyelidikan&Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
  • Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA)
  • Lembaga Tabung Haji (LUTH)
  • Lembaga Koko Malaysia (MCB)
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  • Universiti Malaya dan lain-lain IPTA di Malaysia

SURUHANJAYA

SURUHANJAYA TETAP
  1. Suruhanjaya perkhidmatan
  2. Suruhanjaya pilihanraya
  3. Suruhanjaya hak asasi manusia
  4. Berfungsi untuk menjalankan tugas pentadbiran dengan bijak, adil dan cekap
  5. Ahli-ahli suruhanjaya dilantik secara khas
  6. Dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)
  • Ditubuhkan pada 31 ogos 1957
  • Dikenali sebagai Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu dibawah pentadbiran English
  • Secara rasmi , suruhanjaya perkhidmatan awam dibentuk sebagaimana termaktub dalam perkara 144(1) perlembagaan Persekutuan.
  • Fungsi suruhanjaya perkhidmatan awam Malaysia di bawah perkara 144(1) perlembagaan persekutuan, fungsi-fungsi suruhanjaya adalah meliputi perkara-perkara berikut:
  • Melantik
  • Mengesahkan dalam perkhidmatan
  • Kemasukan ke dalam jawatan tetap/pencen
  • Menaikkan pangkat
  • Menukar
  • Menjalankan kawalan tatatertib
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP)
  1. Ditubuhkan secara rasmi pada 1 januari 1974 melalui artikel 141A perlembagaan persekutuan
  2. Ahli-ahli dilantik YDPA selepas berbincang dengan Majlis Raja-Raja atas nasihat Perdana Menteri
  3. Ahli-ahli terdiri daripada seorang pengerusi , timbalan pengerusi dan antara 4 hingga 8 ahli lain
  4. Fungsi:

  • Bertanggungjawab melantik guru-guru daan perkhidmatan pendidikan
  • Bertanggungjawab menempatkan guru-guru yang dikenali sebgai perkhidmatan pendidikan ke dalam pelbagai kategori berasaakan kelayakan dan pengkhususan mereka
TUGAS SPP:
  • Melantik calon ke jawatan tetap , kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran
  • Berperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan rayuan tatatertib perkhidmatan pelajaran
  • Meluluskan pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan
  • Kawalan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran
  • Meluluskan pemberian taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan
  • Mengesahkan dalam perkhidmatan ke atas calon yang dilantik secara tetap
SURUHANJAYA PASUKAN POLIS
  • Mempunyai kuasa ke atas semua ahli Angkatan Polis Diraja Malaysia
  • Ahli-ahlinya terdiri daripada:

  1. Pengerusi pada waktu yang sama menteri dalam negeri
  2. Ketua polis Negara
  3. Ketua setiausaha dalam negeri

  • Salah seorang ahli suruhanjaya perkhidmatan awam dilantik oleh YDPA dan 2 hingga 6 orang ahli
  • Jawatan ketua polis Negara dan timbalannya dilantik oleh YDPA atas nasihat perdana menterI
  • Fungsi dan tanggungjawab
  1. Untuk melantik , mengesahkan dan menempatkan staf ke skim jawatan tetap dan berpencen
  2. Bertanggungjawab menaikkan pangkat, memindahkan dan melaksanakan kawalan displin dalam kalangan ahli-ahli anggota polis
  3. Menyediakan platform untuk orang-orang awam di luar angkatan polis berbincang tentang masalah berkaitan dengan perkhidmatan polis
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN KEHAKIMAN DAN UNDANG-UNDANG

  • Ditubuhkan pada tahun 1957 meliputi semua ahli perundangan dan kehakiman
  • Ahli-ahli dilantik oleh YDPA selepas berbincang dengan ketua hakim
  • Ahli terdiri daripada:

  1. Pengerusi suruhanjaya yang juga pengerusi suruhamjaya perkhidmatan awam
  2. Attorney general
  3. Ahli atau ahli-ahli yang berkhidmat dalam bidang perundangan atau mantan hakim
  4. Setiausaha yang juga setiausaha surruhanjaya perkhidmatan awam
  5. Fungsi sama seperti fungsi suruhanjaya perkhidmatan awam dan bidang kuasanya meliputi bidang kehakiman dan perundangan sahaja
SURUHANJAYA SEMENTARA
  1. Suruhanjaya sementara merupakan suatu badan bebas ditubuhkan oleh kerajaan, untuk sementara sahaja bagi mengkaji sesuatu hal atau masalah dan mencadangkan kepada kerajaan kaedah bagi mengatasi/ menyelesaikan masalah tersebut
  2. Semua ajlinya dilantik oleh YDPA
  3. Antara suruhanjaya sementara yang pernah ditubuhkan
  • Suruhanjaya gaji harun 1972
  • Suruhanjaya Diraja berkaitan Gaji dan Perkhidmatan

JABATAN

  • Agensi kerajaan yang terletak di bawah Kementerian dan pelaksana dasar yang ditetapkan oleh kerajaan
  • Tidak aktif dalam ekonomi tapi lebih kepada penguatkuasa undang-undang
  • Sesetengan jabatan mempunyai cawangan di setiap negeri
  • Contoh-contoh jabatan :
  • Jabatan Penjara
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Imigresen
  • Jabatan Pertanian
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Kastam DiRaja Malaysia
  • Jabatan Pengairan & Saliran
Nama Ketua Jawatan yang digunakan Pengarah atau Pegawai Penguatkuasa


PERINGKAT NEGERI

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengandungi Tiga orang ahli pegawai kerajaan peringkat negeri yang turut menjadi anggota Exco sebagai Ex-Officio iaitu:
  • Setiausaha Kerajaan Negeri
  • Penasihat Undang-undang Negeri
  • Pegawai Kewangan Negeri
Tugas-tugas Exco adalah:
  • Melaksanakan tugas-tugas Eksekutif diperingkat negeri.
  • Merangka dan membentuk dasar negeri.
  • Menasihatkan Raja/Yang Dipertua Negeri.
  • Melaksanakan rancangan pembangunan ekonomi dan sosial negeri dengan sempurna.
Jabatan-jabatan di peringkat negeri:
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
  • Pejabat Kewangan Negeri
  • Pejabat Penasihat Undang-undang negeri
  • Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)

PERINGKAT KERAJAAN TEMPATAN

  • Dikenali sebagai Pihak berkuasa Tempatan (PBT).
  • Terletak di bawah kuasa perkara negeri.
  • Kerajaan tempatan dibentuk untuk membolehkan penduduk tempatan mengambil bahagian dalam pengurusan kawasan-kawasan yang mereka duduki.
  • Jenis-jenis Kerajaan Tempatan:

  1. Dewan Bandaraya- kawasan bandar dengan jumlah penduduk melebihi  100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM 20juta.
  2. Majlis Perbandaran- kawasan pinggir bandar dengan jumlah penduduk melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM 5 juta.
  3. Majlis Daerah- Pekan yang terletak diluar bandar dengan jumlah penduduk kurang 100,000 orang dan hasil tahunan kurang dari RM 5 juta.

  • Fungsi utamanya adalah untuk memajukan kawasan di bawah bidang pentadbirannya.
  • Dibantu oleh agensi-agensi kerajaan seperti Perbadanan Kemajuan Negeri dan Jabatan-jabatan kerajaan 
BIDANG KUASA KERAJAAN TEMPATAN
KERAJAAN TEMPATAN BERKUASA

  • Membuat undang-undang kecil.
  • Mengutip cukai harta benda, cukai pintu, bayaran perkhidmatan (meletak kereta)& sewa gerai kepunyaan kerajaan tempatan.
  • Menubuhkan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan dan mengawal akaun tersebut.
  • Menjaga & mengawal kesihatan awam,mengurus pasar dan pasar malam/pekan sehari.
  • Selain itu turut mengendalikan perancangan bandar dan daerah, pengurusan pasar dan gerai-gerai serta penyediaan kemudahan rekreasi.
CORAK PENTADBIRAN DAERAH MENGIKUT DAERAH
SEMENAJUNG MALAYSIA
  • Pentadbiran peringkat daerah diketuai oleh pegawai daerah (dibantu oleh beberapa penolong pegawai daerah) 
  • Mukim pula ditaddbir oleh penghulu.
  • Kampung ditadbir oleh ketua kampung (menjalankan tugas melalui JKKK)
SABAH
  • Daerah ditadbir oleh Pegawai Daerah (dibantu oleh Ketua Anak Negeri
  • Kampung ditadbir oleh Ketua Kampung (dibantu oleh orang tua)
SARAWAK
  • Bahagian ditadbir oleh Residen
  • Daerah ditadbir oleh Pegawai Daerah
  • Daerah Kecil ditadbir oleh Pegawai Anak Negeri
  • Kampung ditadbir oleh Penghulu

 




BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)



  • Sistem perundangan di tanah air telah melalui satu proses yang panjang
  • Negeri-negeri di semenanjung tanah melayu menggunakan undang-undang adat melayu sementara di sabah dan Sarawak dikenali sebagai undang-undang adat bumiputera
  • Terdapat 2 kategori perundangan melayu yang berasaskan 2 system adat iaitu adat temenggung dan adat perpatih
  • Pemerintahan kerajaan melayu Melaka dimana hokum kanun Melaka dan undang-undang laut Melaka telah menjadi asas kepada kuasa perundangan di Melaka
  • Kedatangan british , peranan undang-undang tempatan telah banyak mengalami perubahan
  • Undang-undang inggeris telah digunakan secara meluas
  • Undang-undang Malaysia pada hari ini diperoleh daripada lima punca utama iaitu:
  • undang-undang bertulis iaitu perlembagaan dan perundangan persekutuan dan negeri keputusan mahkamah       
  • undang-undang inggeris          
  • undang-undang islam            
  • undang-undang adat


PERINGKAT PERSEKUTUAN

Kerajaan Malaysia memberi mandat kepada parlimen sebagai Badan Perundangan

Parlimen memainkan peranan yang amat penting


PARLIMEN


  • Parlimen ialah badan perundangan bagi kerajaan persekutuaan dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh Negara.
  • “keistimewaan ahli-ahli parlimen” – peruntukan beberapa hak dan pengecualian yang termaktub dalam perlembagaan
  • Setiap dewan :
  • Mempunyai kuasa untuk mengawal selia tatacaranya sendiri. 
  • Mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing (kuasa  ini tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah )
  • Boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran keistimewaan @   menghina didalam dewan tersebut.    
TUGAS PARLIMEN
  • Membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada
  • Menjadi forum untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan orang ramai
  • Meluluskan hasil-hasil cukai yang baru
  • Meluluskan undang-undang persekutuan
  • Meluluskan undang-undang persekutuan
  • Meluluskan perbelanjaan kerajan


DEWAN NEGARA

  • Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi.
  • Kedudukan dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran parlimen
  • Ahli-ahli dewan Negara dilantik dalam kalangan mereka yang menyambung khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan.
  • Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan yang di-dipertua dewan Negara
  • Ahli tersebut hendaklah bersumpah bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan perlembagaan
BILANGAN AHLI DEWAN NEGARA
  • tertakluk pada Fasal (1) Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan-tidak melebihi 70 orang ahli (senator)
  • 2 orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Seorang ahli bagi Wilayah Persekutuaan Labuan
  • Seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya
KELAYAKAN MENJADI AHLI DEWAN NEGARA
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang 30 tahun
  3. Sempurna akal
  4. Bukan seorang muflis
FUNGSI DEWAN NEGARA
  • Membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih mendalam dan teliti
  • Membincangkan perkara-perkara yang menjadi persoalan yang membahaskan kepentingan umum
PERANAN DEWAN NEGARA
  • Membahaskan Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan teliti 
  • Memohon Dewan Rakyat mengkaji semula sesuatu rang undang-undang
  • Berfungsi sebagai badan yang menyemak sesuatu rang undang-undang





DEWAN RAKYAT

  • Dewan rakyat hari ini dianggotai seramai 222 orang ahli. Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya.
  • Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya yang diadakan setiap 5 tahun
  • Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua dewan rakyat
  • Ahli tersebut hendaklah bersumpah mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan perlembagaan
  • Bidang perundangan, parlimen berkuasa membuat undang-undang yang ditentukan oleh perlembagaan persekutuan Malaysia menerusi perkara 66-68, bab 5, bahagian 4
KELAYAKAN MENJADI AHLI DEWAN RAKYAT
  • Wargenegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 21 tahun
  • Sempurna akal
  • Bukan seorang muflis 
  • Tidak boleh memegang jawatan Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa
FUNGSI DEWAN RAKYAT
  1. Membuat/meminda/mengubal/meluluskan rang undang-undang
  2. Merupakan satu forum rasmi untuk membolehkan setiap dasar-dasar kerajaan diperdebatkan
PERANAN DEWAN RAKYAT
  1. Mengubalkan dan meluluskan undang-undang yang membabitkan negara
  2. Mengawal hal ehwal kewangan negara
  3. Membentangkan masalah-maslah yang berkaitan dengan rakyat di Parlimen

PROSES PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG DI PARLIMEN MALAYSIA


PERINGKAT NEGERI

KEANGGOTAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI
  • Dun adalah badan perundangan di peringkat negeri
  • Ahlinya di pilih oleh rakyat dalam pilihan raya
  • Dun di setiap negeri berkuasa untuk menggubal dan meluluskan undang-undang bagi negeri berkenaan
  • Dun berkuasa terhadap perkara dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama yang termaktub dalam jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan
  • Dun membahaskan dan meluluskan belanjawan negeri
  • Tempoh hayat DUN ialah 5 tahun dari tarikh persidangan pertama DUN 
KELAYAKAN MENJADI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI(DUN)

  • Bermaustautin di negeri yang berkenaan
  • Berumur 21 tahun keatas
  • Sempurna akal
  • Tidak muflis
  • Tidak pernah dipenjarakan melebihi 1 tahun (boleh bertanding jika diampuni atau selepas tamat hukuman penjara
  • Tidak pernah didenda melebihi 2000 atau lebih 
KEHILANGAN KELAYAKAN ADUN
  1. Diisytihar sebagai orang yang tidak sempurna akal
  2. Seorang bankrap yang belum dilepaskan
  3. Memegang jawatan berpendapatan
  4. Tidak menghantar apa-apa penyata perbelanjaan pilihanraya dalam masa yang ditetapkan setelah nama dicalonkan
  5. Dihukum penjara tidak kurang setahun dan denda tidak kurang RM5000 dan tidak kurang mendapat pengampunan

PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGERI DAN KUASA PERUNDANGAN PERINGKAT NEGERI

PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGERI
  1. Yang berkenaan dengan warisan takhta kerajaan dan kedudukan para pembesar pemerintah dan pembesar adat melayu tidak boleh dipinda
  2. Peruntukan-peruntukan lain perlembagaan bagi sesebuah negeri yang mempunyai raja dan mana peruntukan perlembagaan sesebuah negeri yang tidak mempunyai raja, tertakluk kepada sekatan-sekatan berikut, boleh dipinda dengan apa-apa cara lain.
  3. Sesetengah Perlembagaan Negeri dikehendaki untuk mendapatkan persetujuan daripada kumpulan orang tertentu

KUASA PERUNDANGAN PERINGKAT NEGERI
  1. Dilaksanakan melalui Badan Perundangan Negeri
  2. Badan Perundangan Negeri mengandungi Raja/Sultan/Yang DiPertua Negeri dan Dewan Undangan Negeri(DUN)
  3. Dalam DUN , tugas Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri adalah memanggil DUN bermesyuarat , memberhentikan dan membubarkannya
  4. Ahli DUN boleh kehilangan jawatan sama seperti Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat

Tuesday 15 September 2015

BADAN JUDISIARI/KEHAKIMAN


PUNCA-PUNCA UNDANG

  • Undang-undang Bertulis iaitu Perlembagaan serta Perundangan Persekutuan dan negeri 
  • Keputusan-keputusan Mahkamah
  • Undang-undang Inggeris
  • Undang-undang Islam
  • Undang-undang adat



HAKIM

SYARAT MENJADI HAKIM
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai pengalaman sebagai peguam Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi selama 10 tahun atau merupakan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang
  • Memegang jawatan bergaji sehingga berusia 65 tahun jika di perkenankan YDPA
  • Persaraan dipertanggungjawabkan kepada kumpulan wang yang disatukan

PEMECATAN HAKIM

Melalui dua kaedah:

        1. Meletakkan jawatan.
       2. Dilucutkan- YDPA perlu mendapatkan syor-syor dari Tribunal (Terdiri daripada Bekas Hakim Malaysia atau dari Negara-negara Komanwel). Antara sebab dipecat:
  • Hakim disahkan oleh pakar perubatan mengalami masalah kesihatan yang kronik yang menjejaskan fizikal, mental dan jiwa yang boleh menggangu perjalanan Mahkamah.
  • Hakim di dapati tidak berkelakuan baik yang boleh mecemarkan kewibawaan Badan Kehakiman.
  • Hakim di dapati dengan sengaja atau di buktikan telah melanggar Kod Etika Hakim 1994.

PERLANTIKAN HAKIM

  • Majistret kelas pertama bagi Malaysia dilantik oleh YDPA
  • Pelantikan negeri-negeri dilantik oleh raja/sultan/gabenor atas cadangan hakim besar
  • Majistret kelas kedua bagi Malaysia dilantik oleh YDPA dan bagi negeri-negeri dilantik oleh sultan/raja/gabenor tanpa penglibatan hakim besar
  • Perlantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja dan mendapat nasihat daripada Perdana Mentari (PM)
  • Sebelum perlantikan, PM perlu berunding dengan Ketua Hakim Negara
  • Pelantikan hakim besar tanah Malaysia , beliau berunding dengan 2 orang hakim besar mahkamah tinggi
  • Perlantikan hakim besar tanah borneo, beliau berunding dengan ketua menteri Malaysia
  • Pelantikan hakim mahkamah agung, beliau berunding dengan 2 orang hakim besar
  • Pelantikan mahkamah tinggi, beliau berunding dengan hakim besar mahkamah yang berkenaan sebagai tambahan kepada ketua hakim negara
  • Pelantikan Hakim mahkamah sesyen oleh YDPA atas cadangan hakim besar


SISTEM DAN CORAK KEHAKIMAN DI MALAYSIA

  • Sistem kehakiman di Malaysia berbentuk persekutuan seperti amerika syarikat, kanada dan india
  • Makhmah di Malaysia pada hari ini adalah berdasarkan system persekutuan memandangkan pembentukan mahkamah-mahkamah seperti mahkamah agung, mahkamah tinggi, mahkamah sesyen dan makhamah rayuan di bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan dan bukannya kerajaan negeri
  • Mahkamah di Malaysia dibahagikan kepada dua iaitu:
    1. Makhmah persekutuan- terdiri daripada mahkamah atasan, mahkamah rendah dan mahkamah  khas
    2. Mahkamah negeri- terdiri daripada mahkamah syariah dan mahkamah adat
 

MAHKAMAH DI MALAYSIA

MAHKAMAH PERSEKUTUAN

MAHKAMAH ATASAN
  • Mahkamah Agung
  • Mahkamah Rayuan
  • Mahkamah Tinggi Tanah Melayu Dan Borneo
MAHKAMAH RENDAH
  • Mahkamah Sesyen
  • Mahkamah Juvana
  • Mahkamah Majistret Kelaa I dan Kelas II
  • Mahkamah Tuntutan Kecil
  • Mahkamah Penghulu
MAHKAMAH KHAS
  • Mahkamah Tentera 
  • Mahkamah Perusahaan
  • Mahkamah Buruh
  • Mahkamah Khas Raja-raja
  • Mahkamah Negeri

MAHKAMAH NEGERI

MAHKAMAH SYARIAH
  • Mahkamah Syariah Rayuan
  • Mahkamah Tinggi Syariah
MAHKAMAH ADAT(SABAH DAN SARAWAK)
  • Mahkamah Adat Daerah
  • Mahkamah Pegawai/Ketua Adat
  • Mahkamah Penghulu

JENIS-JENIS MAHKAMAH DAN PERANAN














Sunday 13 September 2015

PEGUAM NEGARA

  • Perlembagaan Malaysia (Perkara 145): Telah memperuntukkan bagi YDPA, Jemaah Menteri dan Menteri seorang penasihat undang-undang bergelar Peguam Negara (Attroney General).
  • Ini bagi memastikan pentadbiran negara dijalankan mengikut undang-undang dan tidak mendatangkan sebarang mudarat.
  • Peguam Negara dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri dan dia mestilah:
  • seorang yang berkelayakan menjadi Hakim Mahkamah Agung.
  • Seorang warganegara Malaysia
  • Mempunyai pengalaman sebagai seorang Peguam selama 10 tahun sebelum perlantikannya      
  • Peguam Negara memegang jawatan selama mana ia diperkenankan oleh YDPA dan jawatan ini juga memberi kuasa kepada YDPA untuk memecat dan melucutkan jawatannya jika perlu. Seandainya dia dilucutkan jawatannya oleh YDPA, perkara itu tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah.

FUNGSI PEGUAM NEGARA

  • Memberikan khidmat nasihat, termasuk memberi khidmat nasihat dalam bidang Undang-undang Antarabangsa dan Syariah kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
  • Menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai apa-apa masalah perundangan yang timbul.
  • Menggubal semua perundangan untuk Kerajaan Persekutuan.
  • Mewakili Kerajaan di dalam semua kes-kes sivilnya.
  • Menguruskan penyemakan dan pencetakan semula undang-undang dan membuat kajian pembaharuan undang-undang. 
  • Memberikan arahan pendakwaan bagi kes-kes jenayah.

Friday 11 September 2015