Wednesday 16 September 2015

KEMENTERIAN

  • Agensi tertinggi dalam struktur pentadbiran negara
  • Diketuai oleh Menteri dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri dan Setiausha Parlimen
  • Bertanggungjawab menggubal dasar-dasar, merancang dan menyelaraskan perlaksanaan program-program selaras dengan kehendak Kerajaan yang memerintah
  • Ketua Setiausha Negara (KSN) bertugas sebagai pentadbir utama dan penasihat kepada PM.
  • Seorang Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian dilantik sebagai pentadbir utama dan penasihat kepada Menteri:
  • Penasihat kepada Menteri.
  • Melaksanakan dan membantu menggubal dasar-dasar kementerian.
  • Menjalankan segala arahan Menteri dengan bantuan kakitangan lain


SENARAI KEMENTERIAN DI MALAYSIA
  1. JABATAN PERDANA MENTERI
  2. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  3. KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
  4. KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA
  5. KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
  6. KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
  7. KEMENTERIAN DALAM NEGERI
  8. KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
  9. KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
  10. KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
  11. KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
  12. KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
  13. KEMENTERIAN KESIHATAN
  14. KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS
  15. KEMENTERIAN KEWANGAN
  16. KEMENTERIAN LUAR NEGERI
  17. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYRAKAT
  18. KEMENTERIAN KERJA RAYA
  19. KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
  20. KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
  21. KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
  22. KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR , PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
  23. KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
  24. KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI , KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
  • Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia digabungkan pada pilihan raya umum 2013
  • Terdapat dua sektor dalam kementerian iaitu :

            # Sektor pelajaran
            # Sektor pengajian tingg

Visi Kementerian Pendidikan :
        ‘Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera’

Misi Kementerian Pendidikan :
         ‘Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
        
OBJEKTIF
  • Membangunkan sekurang-kurangnya 20 pusat kecemerlangan yang diiktiraf peringkat antarabangsa dari segi penerbitan, hasil penyelidikan & hakcipta
  • Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara
  • Menggalakkan pengantarabangsa pengajian tinggi – menarik pelajar dari luar Negara
FUNGSI
  • Menyediakan sumber tenaga manusia yang memenuhi keperluan Negara
  • Membangunkan system pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia

JABATAN PERDANA MENTERI
  • VISI “Menjadi penanda aras system penyampaian sokongan dan tadbir urus terbaik sector awam
  • MISI “Memenuhi ekspektasi pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti.
  • Mensasarkan memberi perkhidmatan pengurusan pelanggan yang cekap , cepat, mesra dan responsif terhadap pelanggan
  • Dasar kualiti yang ditetapkan komited untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya berteraskan niali-nilai negatif , akauntabiliti dan profesionalisme.
OBJEKTIF
  • Merancang , merumus & menyelaras dasar dan maklumat
  • Menentukan segala pentadbiran kerajaan, projek pembangunan , hal ehwal agama dilaksanakan
FUNGSI
  • Menguruskan semua harta yang dimiliki oleh kerajaan persekutuan dengan cekap dan berkesan
  • Menguatkuasakan undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan
  • Mewujudkan undang-undang islam berhubung pentadbiran mahkamah syariah yang seragam untuk diterima pakai di negari-negeri
JEMAAH MENTERI DAN KABINET
  • Perdana Menteri
  • Timbalan Perdana Menteri
  • Menteri
  • Timbalan Menteri
KEMENTERIAN KEWANGAN
OBJEKTIF
  • Menggubal & melaksanakan dasar kewangan
  • Memperkukuh daya saing & ketahanan ekonomi Negara
  • Menjamin kekayaan Negara diagihkan dengan saksama
  • Memastikan pengurusan kewangan yang berkesan dan berhemah
FUNGSI
  • Menggubal & menyediakan prosedur, prinsip & tatacara pengurusan kewangan
  • Menyediakan & memantau belanjawa tahunan
  • Menggubal & mentadbir dasar-dasar berkaitan dengan pengurusan perolehan kerajaan
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
  1. Mulai tahun 1953 apabila bahagian kebudayaan diperkenalkan di bawah jabatan kebajikan masyarakat dan diberi tangggungjawab mengenai belia
  2. 1964, kebahagian kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah kemebterian penerangan
  3. Kementerian belia dan sukan ditubuhkan secara rasmi pada 15 mei 1964 bersempena hari belia Negara pada tahun tersebut
  4. 1972, bahagian kebudayaan telah diwujudkan disebabkan nama kementerian belia dan sukan ini telah diubah kepada kementerian kebudayaan , belia dan sukan sehingga tahun 1987 apabila bahagian kebudayaan , kesenian dan pelancongan
  5. Perpindahan bahagian kebudayaan tersebut, nama kementeria kebudayaan, belia dan sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu kementerian belia dan sukan sehingga sekarang.
OBJEKTIF
  • Membina masyarakat belia yang bersatu padu , berdispilin, berakhlak dan bergerak maju dalam bidang social dan ekonomi serta membina masyarakat  yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah berpaduan dan pembangunan Negara
FUNGSI
  • Membentuk masyarakat yang aktif melalui pembangunan sukan & rekreasi peringkat kebangsaan / antarabangsa
MISI
  • Membina bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu melalui program pembangunan belia dan sukan yang strategic
VISI
  • Peneraju dalam mengupayakan pembangunan belia dan sukan yang terbilang dan masyarakat  berbudaya sukan menjelang tahun 2015
KEMENTERIAN PERTAHANAN
VISI
  • Menjadi sebuah organisasi pertahanan yang berwibawa bertaraf dunia berteraskan dasar pertahanan Negara
MISI
  • Memantapkan pengurusan pertahanan Negara agar lebih cemerlang , kompetitif dan bertaraf lima bintang.
OBJEKTIF
  • Membentuk K-Force yang kompeten – mengurus & mengendali teknologi pertahanan yang canggih
  • ATM – markas pertahanan yang efisien
  • Tingkatkan sokongan teknologi pertahanan melalui R&D
  • Memperkukuh hubungan pertahanan serantau
FUNGSI
  • Menguruskan pertahanan Negara
  • Melaksanakan dasar pertahanan Negara & kerajaan
  • Menyediakan khidmat pengurusan & pentadbiran ATM
  • Mengurus sumber-sumber yang diperuntukkan bagi pertahanan Negara
PIAGAM
  • Menguruskan pertahanan Negara dengan cekap dan berkesan supaya strategik , kedaulatan dan keutuhan Negara sentiasa terjamin
  • Melayani dengan peenuh iltizam segala keperluan ATM dalam pembangunan keupayaan dan kesiapsiagan
  • Melayani dengan penuh iltizam segala keperluan ATM dalam pengurusan sumber manusia , kewangan dan ICT
KEMENTERIAN BEROPERASI DI PERINGKAT PERSEKUTUAN
  1. Kem. Pertahanan
  2. Kem. Luar Negara
KEMENTERIAN BEROPERASI DI PERINGKAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI
  1. Kem. Pelajaran
  2. Kem. Kesihatan

No comments:

Post a Comment