Sunday 27 September 2015

SOALAN :-

1) Yang manakah organisasi tertinggi dalam pembentukan dasar negara?
2) Agensi yang bertanggungjawab melaksanakan sesuatu dasar ialah ...
3) Mahkamah Khas terdiri daripada ...
4) Senaraikan tiga kuasa Badan Kehakiman.
5) Huraikan tiga fungsi Parlimen di Malaysia.
6) Berikan tiga golongan yang tidak layak dilantik menjadi ahli sesuatu suruhanjaya.
7) Siapakah yang mempunyai kuasa untuk membubarkan Parlimen?
8) Agensi Dadah Kebangsaan terletak di bawah ...
9) Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh ...
10) Antara tugas seorang YDPA adalah ...

PENGAJARAN

  • Malaysia merupakan negara yang berdaulat kenara mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri
  • Sistem pentadbiran tanah air yang wujud sejak masa lampau merupakan warisan dan telah diubah  suai mengikut kesesuaian masa untuk diaplikasikan dalam pentadbiran masa ini.
  • Sistem pentadbiran negara menunjukkan semua warganegara adalah dilindungi di bawah undang- undang negara dan orang yang melakukan kesalahan akan dikenakan hukuman yang setimpal
  • Sistem pentadbiran negara malaysia yang mengamalkan sistem pembahagian kuasa menunjukan  tidak ada pihak yang menguasai suatu pihak yang lain.


Thursday 17 September 2015

PENGASINGAN KUASA

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA
Teori Pengasingan Kuasa
  • Teori Pengasingan Kuasa yang dikemukakan oleh ahli fikir Perancis, Montesquie:
  • Badan Eksekutif – bahagian pelaksana undang-undang
  • Badan Perundangan – bahagian penggubal dan lulus undang-undang
  • Badan Kehakiman – bahagian penegak, pengadil dan penafsir undang-undang demi keadilan.
  • Cabang-cabang kuasa hanya boleh diberi satu jenis kuasa sahaja.
  • Eksekutif umpamanya tidak boleh membuat undang-undang.
  • Perlu dipisahkan dan tidak berhubung antara satu sama lain.
  • Untuk mengelakkan berlakunya monopoli dan kezaliman.
PENGASINGAN KUASA DALAM SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA
  • BADAN PERUNDANGAN (Membuat undang-undang)
  • BADAN PENTADBIRAN (Menjalankan kuasa pemerintahan & menguatkuasa undang-undang)
  • BADAN KEHAKIMAN (Menjalankan penghakiman & mentafsirkan undang-undang)
TUJUAN DOKTRIN PENGASINGAN KUASA
  1. Mengelakkan wujud komplot badan pemerintah dengan badan lain
  2. Menjamin kebebasan rakyat & menghindari bentuk kezaliman pihak pemerintah
  3. Tidak berlaku pemusatan kuasa antara ketiga-tiga badan
  4. Sebagai pemeriksa & pengimbang (check and balance) dalam sistem pemerintahan negara


Wednesday 16 September 2015

BADAN PENTADBIR/PELAKSANA (EKSEKUTIF)

PERINGKAT PERSEKUTUAN
  • Kabinet
  • Kementerian
  • Perkhidmatan awam
  • Badan-badan berkanun
  • Suruhanjaya
  • Jabatan
PERINGKAT NEGERI
  • ECXO
  • Jabatan-jabatan
PERINGKAT KERAJAAN TEMPATAN
  • Bidang kuasa
  • Corak pemerintahan daerah mengikut negeri

KABINET

  • Kabinet merupakan suatu bentuk kerajaan dan sistem pemerintahan yang diamalkan pada masa ini oleh kebanyakan negara
  • Sistem sebenarnya diasaskan di Britain
  • Kerajaan berkabinet ialah kerajaan yang ditadbir oleh segolongan manusia yang mendapat sokongan majoriti dalam pilihan raya dan menduduki kerusi di Parlimen atau dewan perundangan
  • Ketua parti politik dipanggil Ketua Negara dan diperkenankan sebagai Perdana Menteri
LATAR BELAKANG KABINET
  1. Pada tahun 1951 , sistem ahli (member system) telah diperkenalkan di Tanah Melayu
  2. Beberapa buah jabatan kerajaan akan diletak dibawah kawalan seorang ahli
  3. Seseorang ahli yang dilantik bertanggungjawab secara langsung kepada pesuruhanjaya tinggi
  4. Sistem berakhir pada pilihanraya tahun 1955
  5. Parti Perikatan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi melalui pilihanraya umum 1955
  6. Jemaah menteri mengadakan mesyuarat pertama di Majlis Undangan Persekutuan Kuala Lumpur.
  7. Selepas kemerdekaan 31 ogos 1957, Tuanku Abdul Rahman dilantik Perdana Menteri Pertama
  8. Parti Perikatan terdiri daripada UMNO, MCA , MIC .
SISTEM KABINET
  • Sistem kabinet merupakan suatu bentuk kerajaan dan diasaskan oleh british. Kabinet sebagai badan penggubal dasar Negara yang tertinggi akan membincang dan memutuskan sesuatu dasar atau perkara penting dalam mesyuarat cabinet
  • Sesebuah kabinet akan dibubarkan sekiranya ia kurang mendapat sokongan dan ahli ahlinya meletak jawatan
  • Menurut perkara 43(1) , perlembagaan persekutuan memperutukan ahli-ahli Jemaah menteri dilantik oleh YDPA untuk menasihati baginda dalam menjalankan tugasnya. YDPA dikehendaki melantik seorang PM yang menang dalam pilihanraya umum dan biasanya menjadi ketua pemerintah untuk diketuai kabinet
  • Kabinet merupakan badan tertinggi menjalankan kuasa eksekutif atas nama YDPA . Terdiri dari seorang perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri yang bertanggungjawab ke atas kementerian masing-masing
  • Seseorang perdana menteri secara tidak langsung berperanan sebagai ketua Jemaah menteri. Beliau mempunyai kuasa melantik sesiapa sahaja kepada YDPA untuk menyertai kabinetnya
  • Perlembagaan pesekutuaan melalui perkara 43(a) memperuntukan kuasa untuk YDPA melantik menteri menteri yang lain atas nasihat perdana menteri
  • Bagi melaksanakan tugas Jemaah menteri, seorang setiausaha parlimen dilantik oleh perdana menteri . Tugas setiausaha parlimen ialah membantu menteri dan timbalan menteri
  • Bagi menbantu perdana menteri menjalankan tugas menurut perlembagaan persekutuan perkara 43(c) membenarkan perdana menteri lantik seorang setiausha politik
  • Kabinet biasanya mengadakan mesyuarat sekali dalam seminggu (setiap rabu). Semua keputusan dalam mesyuarat kabinet dibuat melalui rundingan secara kolektif.
TUGAS PERDANA MENTERI
  • Menjalinkan hubungan diperingkat antarabangsa
  • Jumlah menteri dalam sesebuah kabinet tidak menentu antara lebih kurang 20 hingga 40 orang menteri
  • Perdana menteri bertindak sebgai pengerusi dalam mesyuarat Jemaah menteri yang diadakan seminggu sekali iaitu setiap hari rabu
  • Ketua parti politik yang menang majoriti dalam pilihanraya menteri
  • Kebiasaanya , setiap kementerian mempunyai menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen
  • Perdana menteri berperanan memperkenalkan dan menjalankan sesuatu dasar
  • Contoh: dasar ekonomi baru( tun abduk razak)
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KABINET
KEBAIKAN
  • Rakyat diberi peluang untuk memilih pemerintah
  • Menunjukkan tahap kejayaan pemerintahan negara apabila wujudnya kesedaran rakyat & kepercayaan mereka terhadap sistem yang diamalkan
KEBURUKAN
  • Kesempatan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu
  • Janji dikeluarkan semasa memancing undi rakyat tidak dilaksanakan

KEMENTERIAN

  • Agensi tertinggi dalam struktur pentadbiran negara
  • Diketuai oleh Menteri dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri dan Setiausha Parlimen
  • Bertanggungjawab menggubal dasar-dasar, merancang dan menyelaraskan perlaksanaan program-program selaras dengan kehendak Kerajaan yang memerintah
  • Ketua Setiausha Negara (KSN) bertugas sebagai pentadbir utama dan penasihat kepada PM.
  • Seorang Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian dilantik sebagai pentadbir utama dan penasihat kepada Menteri:
  • Penasihat kepada Menteri.
  • Melaksanakan dan membantu menggubal dasar-dasar kementerian.
  • Menjalankan segala arahan Menteri dengan bantuan kakitangan lain


SENARAI KEMENTERIAN DI MALAYSIA
  1. JABATAN PERDANA MENTERI
  2. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  3. KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
  4. KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA
  5. KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
  6. KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
  7. KEMENTERIAN DALAM NEGERI
  8. KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
  9. KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
  10. KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
  11. KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
  12. KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
  13. KEMENTERIAN KESIHATAN
  14. KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS
  15. KEMENTERIAN KEWANGAN
  16. KEMENTERIAN LUAR NEGERI
  17. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYRAKAT
  18. KEMENTERIAN KERJA RAYA
  19. KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
  20. KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
  21. KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
  22. KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR , PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
  23. KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
  24. KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI , KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
  • Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia digabungkan pada pilihan raya umum 2013
  • Terdapat dua sektor dalam kementerian iaitu :

            # Sektor pelajaran
            # Sektor pengajian tingg

Visi Kementerian Pendidikan :
        ‘Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera’

Misi Kementerian Pendidikan :
         ‘Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
        
OBJEKTIF
  • Membangunkan sekurang-kurangnya 20 pusat kecemerlangan yang diiktiraf peringkat antarabangsa dari segi penerbitan, hasil penyelidikan & hakcipta
  • Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara
  • Menggalakkan pengantarabangsa pengajian tinggi – menarik pelajar dari luar Negara
FUNGSI
  • Menyediakan sumber tenaga manusia yang memenuhi keperluan Negara
  • Membangunkan system pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia

JABATAN PERDANA MENTERI
  • VISI “Menjadi penanda aras system penyampaian sokongan dan tadbir urus terbaik sector awam
  • MISI “Memenuhi ekspektasi pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti.
  • Mensasarkan memberi perkhidmatan pengurusan pelanggan yang cekap , cepat, mesra dan responsif terhadap pelanggan
  • Dasar kualiti yang ditetapkan komited untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya berteraskan niali-nilai negatif , akauntabiliti dan profesionalisme.
OBJEKTIF
  • Merancang , merumus & menyelaras dasar dan maklumat
  • Menentukan segala pentadbiran kerajaan, projek pembangunan , hal ehwal agama dilaksanakan
FUNGSI
  • Menguruskan semua harta yang dimiliki oleh kerajaan persekutuan dengan cekap dan berkesan
  • Menguatkuasakan undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan
  • Mewujudkan undang-undang islam berhubung pentadbiran mahkamah syariah yang seragam untuk diterima pakai di negari-negeri
JEMAAH MENTERI DAN KABINET
  • Perdana Menteri
  • Timbalan Perdana Menteri
  • Menteri
  • Timbalan Menteri
KEMENTERIAN KEWANGAN
OBJEKTIF
  • Menggubal & melaksanakan dasar kewangan
  • Memperkukuh daya saing & ketahanan ekonomi Negara
  • Menjamin kekayaan Negara diagihkan dengan saksama
  • Memastikan pengurusan kewangan yang berkesan dan berhemah
FUNGSI
  • Menggubal & menyediakan prosedur, prinsip & tatacara pengurusan kewangan
  • Menyediakan & memantau belanjawa tahunan
  • Menggubal & mentadbir dasar-dasar berkaitan dengan pengurusan perolehan kerajaan
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
  1. Mulai tahun 1953 apabila bahagian kebudayaan diperkenalkan di bawah jabatan kebajikan masyarakat dan diberi tangggungjawab mengenai belia
  2. 1964, kebahagian kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah kemebterian penerangan
  3. Kementerian belia dan sukan ditubuhkan secara rasmi pada 15 mei 1964 bersempena hari belia Negara pada tahun tersebut
  4. 1972, bahagian kebudayaan telah diwujudkan disebabkan nama kementerian belia dan sukan ini telah diubah kepada kementerian kebudayaan , belia dan sukan sehingga tahun 1987 apabila bahagian kebudayaan , kesenian dan pelancongan
  5. Perpindahan bahagian kebudayaan tersebut, nama kementeria kebudayaan, belia dan sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu kementerian belia dan sukan sehingga sekarang.
OBJEKTIF
  • Membina masyarakat belia yang bersatu padu , berdispilin, berakhlak dan bergerak maju dalam bidang social dan ekonomi serta membina masyarakat  yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah berpaduan dan pembangunan Negara
FUNGSI
  • Membentuk masyarakat yang aktif melalui pembangunan sukan & rekreasi peringkat kebangsaan / antarabangsa
MISI
  • Membina bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu melalui program pembangunan belia dan sukan yang strategic
VISI
  • Peneraju dalam mengupayakan pembangunan belia dan sukan yang terbilang dan masyarakat  berbudaya sukan menjelang tahun 2015
KEMENTERIAN PERTAHANAN
VISI
  • Menjadi sebuah organisasi pertahanan yang berwibawa bertaraf dunia berteraskan dasar pertahanan Negara
MISI
  • Memantapkan pengurusan pertahanan Negara agar lebih cemerlang , kompetitif dan bertaraf lima bintang.
OBJEKTIF
  • Membentuk K-Force yang kompeten – mengurus & mengendali teknologi pertahanan yang canggih
  • ATM – markas pertahanan yang efisien
  • Tingkatkan sokongan teknologi pertahanan melalui R&D
  • Memperkukuh hubungan pertahanan serantau
FUNGSI
  • Menguruskan pertahanan Negara
  • Melaksanakan dasar pertahanan Negara & kerajaan
  • Menyediakan khidmat pengurusan & pentadbiran ATM
  • Mengurus sumber-sumber yang diperuntukkan bagi pertahanan Negara
PIAGAM
  • Menguruskan pertahanan Negara dengan cekap dan berkesan supaya strategik , kedaulatan dan keutuhan Negara sentiasa terjamin
  • Melayani dengan peenuh iltizam segala keperluan ATM dalam pembangunan keupayaan dan kesiapsiagan
  • Melayani dengan penuh iltizam segala keperluan ATM dalam pengurusan sumber manusia , kewangan dan ICT
KEMENTERIAN BEROPERASI DI PERINGKAT PERSEKUTUAN
  1. Kem. Pertahanan
  2. Kem. Luar Negara
KEMENTERIAN BEROPERASI DI PERINGKAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI
  1. Kem. Pelajaran
  2. Kem. Kesihatan

PERKHIDMATAN AWAM

  • Berjaya memberi kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.
  • Membantu kerajaan menggubal dan melaksanakan dasar-dasar yang menjayakan transformasi negara.
  • Memastikan bahawa pembangunan ekonomi negara berlaku dengan adil dan seimbang.
  • Jenis-jenis perkhidmatan awam :-
  • Angkatan tentera
  • Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang
  • Perkhidmatan Awam am Persekutuan
  • Pasukan Polis
  • Perkhidmatan Awam Bersama (Persekutuan dan Negeri)
  • Perkhidmatan Pelajaran