Thursday 17 September 2015

PENGASINGAN KUASA

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA
Teori Pengasingan Kuasa
  • Teori Pengasingan Kuasa yang dikemukakan oleh ahli fikir Perancis, Montesquie:
  • Badan Eksekutif – bahagian pelaksana undang-undang
  • Badan Perundangan – bahagian penggubal dan lulus undang-undang
  • Badan Kehakiman – bahagian penegak, pengadil dan penafsir undang-undang demi keadilan.
  • Cabang-cabang kuasa hanya boleh diberi satu jenis kuasa sahaja.
  • Eksekutif umpamanya tidak boleh membuat undang-undang.
  • Perlu dipisahkan dan tidak berhubung antara satu sama lain.
  • Untuk mengelakkan berlakunya monopoli dan kezaliman.
PENGASINGAN KUASA DALAM SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA
  • BADAN PERUNDANGAN (Membuat undang-undang)
  • BADAN PENTADBIRAN (Menjalankan kuasa pemerintahan & menguatkuasa undang-undang)
  • BADAN KEHAKIMAN (Menjalankan penghakiman & mentafsirkan undang-undang)
TUJUAN DOKTRIN PENGASINGAN KUASA
  1. Mengelakkan wujud komplot badan pemerintah dengan badan lain
  2. Menjamin kebebasan rakyat & menghindari bentuk kezaliman pihak pemerintah
  3. Tidak berlaku pemusatan kuasa antara ketiga-tiga badan
  4. Sebagai pemeriksa & pengimbang (check and balance) dalam sistem pemerintahan negara


No comments:

Post a Comment